Isnin, 8 Februari 2010

Panduan Adobe 8


Kali ni aku sambung lagi cerita tentang kegunaan simbol  dalam adobe photoshop. Menda ni sangat penting untuk nak mengedit kerja kita….LAYERS cukup penting ….nampak tak bulatan bertanda (a)....klik situ dan akan keluar la menda cam sebelah tu.....LAYERS ni menunjukkan tentang bahagian yang kita dah buat...sebagai contoh aku dah buat tiga bahagian......
- Bahagian  1  gambar love.
- Bahagian 2 gambar bunga rose
- Bahagian 3 teks ( i love you)
Bahagian yang bertanda (b) kita boleh letakkan nama pada bahagian kerja kita tu…..duble klik jer dan letak nama yang kita suka…ini memudahkan kita tahu bahagian mana yang kita nak edit.


Aku bagi contoh bagaimana hendak mengedit tulisan….klik bahagian bertanda (T) …maka bahagian itu sahaja yang kita akan edit….


nak edit tulisan.....kita klik la simbol  (T) yang bertanda  X....  dan duble klik dekat tulisan kerja kita tu….ubah la perkataan ( i love you ) tu...ikut selera kita....



kalau nak edit bunga rose.....klik jer tanda no 1 tu...ia akan bertukar jadi kaler biru dan dah berfungsi..kemudian klik no 2 untuk kita nak besarkan saiz atau sebaliknya....aku bulatkan dengan no 3 .....selain simbol no 2....menda kat bawah tu jugak boleh diedit pada bunga rose tu....seperti nak padam 30% ker...semua boleh buat....bab nak padam ni rujuk la keluaran lepas...(ingat : selepas edit jangan lupa klik tanda rait kat atas)....bulatan filter tu pun kita boleh guna..buat satu-satu....dah selesai....save as la projek kita tu..

tu la kegunaan LAYERS sekadar yang aku tahu...selamat mencuba...

Khamis, 28 Januari 2010

Panduan Adobe siri 7


Kali ni aku nak kenalkan satu lagi simbol kat photoshop.....simbol ni gunanya nak tanda kawasan yang kita hendak mengikut bentuk....mula klik tanda tu dan klik pulak tanda bulat kat bawah tu....tanda ni dia secara otomatik akan ikut bentuk yang kita nak.....


kita klik tanda tu....bawak tetikus kita kat bahagian mana yang kita nak block kan....klik kiri tetikus jangan angkat dan ikut jer bentuk yang kita mahu.....aku bagi contoh nak ikut bentuk bunga tu....kawasan yang aku bulat itam tu....ikut bentuk tu dan bila dan bercantum bentuk kita...duble klik jer....dia akan keluar garisan putus-putus....maka edit la bahagian tu mengikut selera kita....bahagian lain tak ganggu.....dah selesai edit...


setelah kita puas hati dengan pengeditan kita kat kawasan tu....kita boleh buang tanda garisan putus-putus tu...caranya kita klick selcet dan klik pulak deselcet...maka akan hilang la garisan putus-putus tu....teruskan la mengedit tempat lain pulak...

Khamis, 7 Januari 2010

Panduan Adobe siri 6


Kali ni aku nak kenalkan satu lagi simbol dalam adobe photoshop....yang ni berperanan menyedut warna apa yang kita nak....tak kira kat mana..tapi kali ni aku nak sedut warna kat pp org tu...klik simbol tu dan pergi dekat kawasan yang aku tanda bulat (a) tu...klik tempat (a) ...sebab situ cun sikit kaler dia.....



sekarang ni kotak kaler tu dah ikut kaler pilihan kita....



kemudian kita klik dekat tanda (1) tu....lepas tu pergi dekat bulat (2) untuk memilih saiz berus kita....dan seterusnya klik la dekat (3) untuk pilih kadar terang-gelap kaler yang kita nak ....



selalunya kita pilih kadar terang gelap lingkungan 30% sebab senang nak kontrol kaler dan senang ngam ngan kaler asal kawasan yang nak diedit...mulakan kerja mengedit muka berjerawat tadi...klik jangan angkat mouse dekat kawasan jerawat....nah..lihat kawasan yang aku bulat besar (x) tu...hasilnya muka dah cun melecun...

akhir kata..selamat mencuba...

Sabtu, 2 Januari 2010

Panduan Adobe siri 5


Kali ni aku nak citer tentang fungsi "filter" seperti yang dibuatkan tu....klik filter dan klik "Artistik" seperti yang aku bulat kat situ...ia ada banyak pilihan....kesemua ada fungsi tersendiri untuk mengedit gambar kita jadi pelbagai.....teruskan...




Untuk kali ni aku buat contoh watercolur....nak ubah gambar ori tu jadi gambar watercolur...klik jer watercolur....dan....


dan akan keluar macam ni....dan tengok menda yang aku kotakkan ngan kaler merah tu....kesemua tanda bulat tu ada fungsi tersendiri...nak kontrol menda tu..klik jer kat tanda yang aku bulat tu...tengok la cam mana jadi gambar kita...kalau rasa tak nak kaler air...pilih la yang lain..kan banyak pilihan..cuba jer..kalau dah berkenan klik jer ok kat tanda anak panah tu...


 
dah jadi gambar kita yang ori bertukar menjadi gambar kaler air....dah berkenan pi dekat save dan buat la save as..pilih fail JEPG....


selamat mencuba...


Jumaat, 1 Januari 2010

Panduan Adobe siri 4



Keluaran kali ni aku nak citer lagi satu simbol yang penting dalam adobe….kali ni tentang simbol dalam kotak merah tu….simbol ni merupakan blok kawasan yang kita nak buat kerja ….apabila kita blok cara otomatik ni mudah untuk melakukan apa saja baik memadam atau menukar keadaan imej kita…yang lain tak ganggu…klik dekat simbol tu dan klik pulak dekat kawasan kita nak padam…dia akan timbul tanda bintik-biktik..dan kawasan tu sahaja yang akan dipadam….



Kemudian kita pergi pulak dekat tanda pemadam tu…dan pilih la kadar terang-gelap kawasan nak kita padam tu…pastu kita mula memadam…macam yang aku tunjuk tu..aku padam 100%...

Rasanya cukup dulu yang tu.....ada masa aku sambung lagi ....buat yang tu dulu bagi teror....





Khamis, 31 Disember 2009

Panduan Adobe siri 3


Cara nak pilih kotak putih tu sama macam aku citer kat keluaran lepas...klik file dan klik new dan pilih la saiz kad kita...Kali ni nak buat warna latar untuk kad kita....mula klik dekat tanda bulat merah tu...itu adalah simbol untuk warna.....seterusnya...



akan jadi cam ni....jadi  tukar warna mengikut kesukaan kita..
teruskan langkah anda kat bawah tu...




untuk menukar warna aku dah bulatkan merah panjang tu.....jadi pilih la warna kat bar tu...seret la tanda kepada warna yang kita nak....lepas tu lihat ada tanda bulat kecil dalam kotak warna....bawalah bulat tu pada warna yang kita nak...dah kita konpom suka....klik jer ok..


warna dah kita pilih.....nampak tak bulat merah....tu simbol untuk kita membentuk jenis latar warna yang kita nak...jadi mesti klik kat simbol tu...




dan keluarlah macam ni....dalam bulatan merah tu ada pilihan untuk latar warna kita....klik satu yang kita suka...


kemudian pilih la kadar terang-gelap untuk warna kita....klik dekat tanda bulat tu...kontrol la peratus untuk kadar terang-gelap warna...



dah setel kat atas....kita buat langkah cam ni....bawa tanda tetikus kat tanda "X" tu....pastu seret jangan angkat ikut arah ke "Y"...dah sampai situ...lepas la..tengok hasilnya...



ni spesel adobe....kalau kita tak nak menda yang kita buat...klik dekat edit dan klik tanda merah bulat tu...aku tak pandai nak sebut menda tu....jadi kalau kita klik situ...kita dah patah ballik asal...ok setel kan..



Ni kita nak buat tulisan pada kad kita....kali ni aku buat pekej....aku save bajek bro..
ok ikut langkah ni....


1. klik dekat tanda tu untuk membuat tulisan...


2. tu jenis huruf kita...kalau nak tukar klik jer anak panah tepi dia tu....pilih la jenis huruf yang cun mengikut selera kita..


3. yang ni pulak saiz huruf...cara pilihan sama jer...nak ubah klik jer panah itam tu.


4. ini pulak susun letak perkataan kita...selalunya dia auto letak tengah...ok la tu..cun kan


5. ini warna tulisan kita....ello...kalau latar merah...kena la pilih kaler lain kan..



yang ni part no 5 la....cara sama macam masa pilih warna latar..nampak tak kotak kecik dalam bayang itam tu...kalau nak tulisan itam...klik tanda setuju...pastu ok kan jer...



ok.....untuk nak mula tulis...bawak tanda mouse dan klik tempat yang sesuai dalam kotak kad kita tu.....klik jer..dia akan kluar tanda garis menegak...kemudian taip jer apa perkataan yang kita nak...



dah jadi tulisan kita....aku bulatkan itam tu supaya view anda kat menda tu....nampak tak kotak titik-titik kawasan huruf tu....klik la mana-mana tanda kotak kecik yang ada kat situ...seret bagi besar...dah setuju jangan lupa klik tanda rait kat atas tu (-/)....kan aku dah kata..adobe ni kalau kita edit..last kalau suka mesti klik tanda tu...



kalau kita nak ubah kedudukan..seret jer ayat tu kemana yang kita nak...
dah setel kan tentang  makna simbol (T) yang aku bulatkan merah tu...



oppss....aku tambah sikit....(a) tu la tanda rait yang aku kata kat atas tu....setiap kali kita edit kerja kita dan dah selesai mesti klik menda tu....manakala (b) tu adalah petunjuk kepada kerja kita...dan jika dah selesai semua nak save...klik file dan klik save as...dan cari perkataaan JPEG dan save..baru jadi fail gambar....

ok la....banyak sangat ni....buat slow-slow bro...jangan kalut...kalut turun laut..

Rabu, 30 Disember 2009

Panduan Adobe siri 2


Kali ni aku nak cerita tentang kegunaan simbol dalam bulatan merah tu....simbol ni digunakan untuk memadam gambar kita....nak guna kena la klik kat simbol tu dulu...baru boleh bawak kat gambar dan padam...ooppss ada lagi ceritanya...



dah klik simbol seperti di atas.....klik pulak simbol yang bertanda merah kat atas tu....simbol tu gunanya untuk mengawal kadar pemadaman gambar kita...kena klik jugak....ada lagi...



ha...aku buat anak panah 3 warna supaya tak keliru...(a) anak panah hijau...klik situ dia akan jadi  macam anak panah biru (b)...pergi dekat situ...seret anak panah untuk mendapatkan kadar pemadaman gambar kita...dah kita setuju...bawak la lambang bulat yang keluar kat gambar kita....mulakan keja memadam...kalau 100% ilang abih semua kawasan yang kita padam...kalau macam contoh anak panah merah (c)..dia akan padam malap sikit...lagi kurang nombor % dia lagi malap pemadamannya..oopss ada lagi...



ni lagi satu simbol...nampak tak bulat merah tu....klik sini untuk mendapatkan saiz pemadam...nak dapatkan saiz tu klik dekat petunjuk anak panah hijau tu...seret jer tanda tu...lagi kekanan lagi besar pemadannya..ikut la selera dan teknik kita nak padam...



yang aku tunjuk tu adalah pemadaman yang aku guna 100%...kan abih ilang semua gambor tu...
ok la..aku ingat setakat tu jer dulu....nanti aku sambung lagi...belajaq jangan banyak sangat..penin paler nanti.
apapun layan jer menda ni..selamat mencuba...adiossss...
 
Blog suam-suam kuku Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template